Monday, January 30, 2012

Rania... (bukan post berkaitan Prague pun)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dah 2 minggu tak dapat nak kemaskini blog ni. Masalahnya, capaian internet tak berapa nak baik, sebab waktu mula melanggan pakej yg ditawarkan tuari (itu hari ye kwn2), kita ingatkan bila tawaran yg diberikan tu menyatakan capaian internet tanpa had, kita pun guna lah sehabis baik, rupa2nya, pakejnya tanpa had sehingga lah kepada had yg ditentukan oleh pembekal perkhidmatan, vodafone. Dari sudut yg lain, bagusnya pulak, lepas ni senang lah nak merancang dan merencanakan penggunaan bulanan peralatan komunikasi ni ke tahap optimum. Memang dalam post kali ni nak cuba guna ayat yang lebih cantik dari ayat2 biasa. Bukan apa, selain dari nak tunjukkan yg kita ni bukan selekeh2 punya org, yg paling penting, tak nak bahasa kita jadi berkarat, bagi minda dan fikiran tu bercambah, supaya ada lah nilai-nilai tambah dalam diri ni. Lagipun, bila seharian dihabiskan dgn anak yg baru nak masuk 4 tahun Mei ni, pengaruh dia atas kita lagi byk dr pengaruh kita ke atas dia...


Rania mcm biasa lah, bagi yg kenal dia, oklah. Bagi yg baru nak kenal, senang je, muka cantik macam mama, anginnya mcm papa (ni lirik lagu sebenarnya). Rania ni mewarisi perangai baik dan buruk abah dan mamanya. Ringkasnya, yg baik tu banyaknya dr sebelah abah : ). Syukur, setakat nak masuk 2 bulan ni, tak banyak sangat hal Rania khususnya dan kami berdua amnya, dari sudut kesihatan, pemakanan seimbang (ada hari makan, ada hari tak makan = makanan seimbang) dan lain2 lagi. Kesian sebab Rania tak ada rakan sebaya, yg ada lebih kepada rakan pemimpin (org yg memimpin dia). Sebagai seorang ayah, siapa yg tak nak berikan yg terbaik untuk seorang anak kan???

Gambar ni waktu di Ikea, biasalah, dah x berapa nak ada pendapatan tetap, boleh bawak anak main dekat tempat yg FREE je lah, tetapi, azabnya nak mengisi borang nak bg Rania main kat sini, rasanya kalau boleh upah org tolong isikan, mmg upah aje, langsung takde bahasa Inggeris, nak meniru mak bapak org lain isi borang, apa pulak nanti anak kita kata kan kalau dia tau abah dia meniru, air muka kena jaga. Waktu tengok Rania main, sempat jugak fikirkan azab kalau kita cuma tau bahasa kita sahaja, susah jugak. Di sini, dr segi bahasa, memang bahasa ibunda (Czech) paling meluas, baik dr segi pelajaran maupun di rumah, kalau bukak tv, bukan setakat cerita Simpsons, kalau Ombak Rindu tu masuk saluran tv di sini, mmg cakap bahasa sini lah dia, kalau setakat Maya Karin dengan Aaron Aziz je, takpelah, memang muka antarabangsa, tapi kalau Azizah Mahzan dan Zaidi Omar, kan ke susah. Dan pengalaman sendiri bila di kedai pembekal perkhidmatan selular, dah lah tunggu giliran kita dah sejam lebih, sekali bila sampai giliran kita, kita tak dapat dilayan sebab dia tak boleh berbahasa Inggeris. Se-koman2 budak kita lah, kalau tak boleh cakap pun, kita paham bahasa Inggeris yg org cakap dekat kita. Apa makna semua ni??? Maknanya ringkas je, dalam kita selalu mempersendakan apa jugak yg di buat di tempat kita, sebenarnya ia ada baiknya.




Ini pulak gambar Rania main di taman permainan awam sementara menunggu malam. Kalau diikutkan, tempat ni penuh, cuma sekarang ni musim sejuk, tak ada lah mak bapak yg bawak anak main di sini, kecuali lah anak orang Malaysia yg sorang ni. Dah tau sejuk, kenapa main jugak??? Sebab pertama, Rania nak main jugak, dan dia tak kisah dengan cuaca. Dan sebab yg utama???  Sebab FREE hehehe...  Dan waktu Rania main dekat sini, sempat jugaklah bersembang2 dengan orang sini, yelahkan, bersembang berkenaan pendidikan. Bagusnya di Czech ni, pendidikan adalah percuma, dr peringkat rendah sampailah ke universiti (tetapi tertakluk kepada bahasa pengantar, bahasa Czech sahaja), tetapi kawan saya ni sanggup nak keluarkan duit lebih sedikit sebab dia bercadang nak hantar anaknya nanti ke sekolah swasta disebabkan pendidikan sekolah awam ni tak berapa bagus sgt (ikut kata dia lah). Kalau kita, jarang2 sangat mak bapak kita nak hantar kita ni sekolah swasta kecuali lah mak bapak kita ni memang diplomat, ataupun mak bapak kita berlagak lebih hehehe. Sekali lagi saya bersyukur sistem pendidikan kita ni takde lah teruk sangat, sekali sakala je kita dengar ustaz rotan anak kita sampai terbit darah.  










 Rania dan salji tepi jalan (malu je tengok dek anak mat saleh)...






Dan siri ni pulak gambar Rania (dan mamanya) main salji. Biasalah, apa yg tak ada di tempat kita, benda tu lah yg kita akan teruja bila jumpa. Gambar yang mula2 ni masa pertama kali jumpa salji di Zlicin, luar sikit dari Prague, waktu ke Ikea. Waktu tu belum ada salji lagi di Prague, dan selepas tu, merasa lah jugak sekali dua turun di Prague. Lepas tu sampai ke niari (ini hari), di Prague sekali sekala je turun. Dan yang tebal ni waktu singgah di salah satu RnR di lebuhraya sewaktu dalam perjalanan dari Prague ke Olomouc (waktu mama Rania ada perjumpaan dengan pelajar Malaysia). Kali ni saljinya memang tebal lah, dan kalau ditanya kenapa dibiarkan main salji??? Jawapan ringkas tetapi penuh makna... Sebab FREE... Dan waktu di RnR tu, singgah makan (makan ikan dengan kentang goreng je lah kan), ada 2 perkara yang buat kita teringat RnR di tempat kita, pertama, ada ruang utk solat (nak solat ke tak nak solat ke perkara lain lah kan), dan di sini memang sah2 lah tak ada, dan jugak bila tengok harga minyak. Dekat sini, harga minyak dia, macam harga saham, sekejap naik sekejap naik, jarang sangat nak turun. Tetapi, yg seronoknya pulak, RnR dia ni memang feel dia sebijik mcm dalam cerita tv, BJ & The Bear, banyak treler, pastu drebar-drebar treler ni semua makan sambil minum bir slow2... ntah bila nak sampai tak tau lah.

Apapun, InsyaAllah dalam post akan datang, nak cerita pasal pengangkutan darat pulak, baiklah kereta/kenderaan sendiri, mahupun pengangkutan awam di sini. Sehingga berjumpa lagi...

Salam dari kami bertiga...

Monday, January 16, 2012

Buah Tangan, Cenderahati & Cenderamata

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia (lama tak dengar ucapan ni)...

Alhamdulillah, setakat ni kami masih sihat wal afiath. Mula2 cadangnya nak menyambung lagi tips2 melancong ke Prague, bagi yg tak pernah datang lah, tetapi lepas dibelek2 kamera, lagi byk gambar2 yg bercirikan personal berbanding gambar2 tempat menarik, tak jadilah pulak.

Cumanya apabila berjalan2 ke tempat org makan angin, maka perlulah membeli buah tangan, cenderahati dan cenderamata utk kawan2. Dan bagi kami, kami belum ada pengalaman membeli lagi, dan membawak org pegi membeli pun belum lagi. Nak bawak duit berapa banyak??? bawaklah sebanyak mana pun, tetapi declare lah dkt kastam kalau dah melampau-lampau banyaknya. 

Kena tawar menawar ke kalau membeli???... Kami pun tak boleh nak jawab, sebab belum pernah beli, cumanya pengalaman kami masuk kedai-kedai ni, tak perlu nak tawar menawar sebab belum apa2 lagi dia dah cakap boleh bagi diskaun. Dan seperti biasa lah, dah nama pun pelancong, memang kalau kena sembelih tu, jangan lah berkecil hati, bukannya kita tak biasa kena pun, kalau beli kemeja batik dekat wakaf che yeh pun kena sembelih, inikan pulak tempat yg jauh beribu batu. Apapun, tanamkan sikap yg positif, at least kita tak kena sembelih dgn org kita hehehe... Bercakap pasal kena sembelih ni, selalunya yg menyembelih ni bukan org tempatan, tetapi org2 luar yg bekerja sbg pembantu kedai dia. Dan jangan terpedaya kalau dia boleh berbahasa melayu, sebab cuma 3 perkataan je yg dia tau, "Akak, murah-murah". tips paling mudah, menawarlah. Cuma perlu diingat, penggunaan bahasa inggeris tidaklah seluas mana, dan tak perlulah nak tanya beria-ia sangat seperti nak tanya asal usul magnet peti ais tu, kalau dr China, China yg sebelah mana, sebab perangai org di sini, kalau dah sampai tahap dia dah tak berapa paham, dia tinggal kan je lah kita terpinga2.

Harga mahal ke???... Jangan risau, kami dah tolong surveykan. Kalau magnet peti ais, yg paling murah kami pernah jumpa (yg kami tak jumpa kami tak cerita ye), jenis yg biasa org bagi tu lah, dalam 29kc (Czech Koruna), kalau nak tukar duit Malaysia, dalam RM4.50 (lebih kurang lah sebab 100kc = rm17), kiranya sesuai lah utk jiran2 mak ayah kita yg tak kisah pun, janji magnet peti ais. Ni cerita yg paling murah je, sbb yg paling mahal, tak payah lah nak cerita yg paling mahal, mmg kita nak yg paling murah je... Dan utk barang-barang lain, harganya sekitar 100kc dan ke atas, kiranya taklah murah sgt. Tapi kalau dah cokia sangat, ada lah jugak jual pen yg jenis dari batang pokok ada tulis 'Prague', jual dlm pek 5 batang tu, dan kalau bercadang nak beli yg tu, elok beli dekat Nilai 3 sekotak, n tulis je lah 'Prague' tu tulisan2 fancy sikit. Jimattt... Design yang famous seperti Astronomical Clock, Prague Castle, Penguin, dan macam2 lagi mengikut citarasa masing2...

Kristal???... Ni mmg kegemaran org kita. Dan jawapannya MURAHHH kalau nak dibandingkan dengan tempat kita. Ada yang salut emas, ada warna warni, ada yg motif kepala kambing, ada yg boleh guna, ada yg utk menunjuk2 "a ah... tu menantu saya yg doktor tu lah yg bagi, dulu dia belajar kat sana". Harga pun pelbagai, bermula dari rm100 kut (jangan lah cerita kristal besar simkad telefon ye, ni kita cerita saiz2 iphone3Gs) dan boleh dikatakan kalau niat nak membeli kristal, kena lah bawak duit lebih sikit, kalau bawak sikit je, simpan niat tu dan tunggulah sampai dapat menantu doktor mcm makcik kat atas tu. Nak beli???... Tungguuuu. Kami ada niat nak ke kilang kristal ni, katanya lagi lah murah, katanya lah. so kalau murah dan berbaloi nak bawak kawan2 ke sana, kita ke sana je lah nanti...

Lampu Chandeliers???... Pun kami dah tengokkan jugak, untuk rumah yg living hall sebesar masjid shah alam, ada yg kami tengok tu harganya dlm rm24,000 (ok lah kut), dan untuk rumah banglo di Bukit Damar, rasanya yg harga rm1000 ke atas tu dah oklah tu, dan untuk yg duduk teres 2 tingkat 20x70, kami syorkan beli je lah lampu meja/berdiri, supaya tak malu bila bukak kipas lampu chandeliers tu bergoyang2 ditiup angin... Ni pun katanya boleh beli dekat kilang, so tunggu lah kami ke kilangnya (kalau sempat lah kan). Nak kirim???... Disebabkan kami ni taste2 IKEA, eloknya janganlah kirim...

Apa lagi yg murah???... Rasanya, setakat ni, yg lain2 tu taklah murah sangat. Kalau pakaian sukan tu, agak murah berbanding Malaysia, contohnya but bola Adidas Copa Mundial made in Germany rm350, bola TANGO 12 (official match ball), bola rasmi euro 2012 dlm rm500, tapi bila tgk yg lain2 tu byk made in Indonesia, China, Vietnam, dll, eloklah beli kat sebelah asia je. Minyak wangi pun ok, sbb  tiap2 minggu ada 'Sale Minggu Ini', baru beli Issey Miyake lelaki rm170 utk 125ml. Pakaian pempuan ZARA pun murah jugak, sebab dia ZARA basic, yang lain-lain tu biasa2 je lah. Mesin rumput, penyodok salji, mesin pemotong pokok, mesin jahit, ketuhar gelombang mikro tu semua ada, tapi tak reti pulak kami nak bandingkan harganya mahal ke murah...  

Nanti sambung lagi ye, mengantuk mata dah ni (blog ini akan dikemaskini seminggu sekali, setiap hari Isnin selepas berjalan2 kaki hari Sabtu dan Ahad)...



 


Salam, dari kami bertiga... doa2kan kami selamat sejahtera semuanya...


ps: ni kami cerita yg best2 je lah, peritnya kami di sini... datang sini barulah kami kongsikan : ).

Sunday, January 8, 2012

Disember - Januari... Genap Sebulan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama tak online, alasan utama belum dapat jalur lebar (broadband) lagi masa tu. Sekarang dah ada, Alhamdulillah. Dah dapat ID pun, boleh lah rania main dekat playground IKEA free (nak main kena daftar dulu, sama macam IKEA Msia). Apa nak buat, abah rania tak bergaji nak bawak rania main playground berbayar hehehe...

Nak upload gambar, belum habis pilih lagi. Utk post kali ni, serba sedikit tips melancong ke Prague utk org Malaysia (baru sebulan duduk sini dah blh bg tips tu kira hebat lahhh). Cuma bagi memeriahkan bacaan, intonasi membaca tu kena bayangkan penulis sedang bercakap, baru org kata ada penghayatan, barulah senang nak faham. Tetapi, kalau membaca ala2 baca Ombak Rindu, memang menangis tak paham lah jawabnya...

SOALAN 1: Murah ke penginapan di Prague?
Jawapan asas: bergantung kepada apa yang nak dibelanjakan. Kalau diperincikan sikit, hotel 5 bintang yg kami duduk selama 5 hari masa kami sampai dulu (Kempinski Hybernska, www.kempinski.com) harga lebih kurang rm500-rm600 semalaman utk bilik suite. Selain hotel ni, banyak lg hotel2 yang mampu inap yg selesa dan tidak terlalu mahal harganya. Kalau nak yg letaknya di tengah2 Prague seperti IBIZ, Ambassador dan banyak lagi. Duduk kawasan sini senang, cuma kena bawak minyak urat je, senang nak urut kaki sendiri bila penat jalan kaki.

TIPSnya... kalau datang nak bulan madu, duduk lah hotel yg mahal-mahal sikit. Hotel-hotel di sini sesuai jugak kiranya dengan harganya, mcm harga duduk tioman/cameron/bukit tinggi lah kurang lebih. Utk yg datang sorang-sorang backpacking, boleh duduk hostel yg letaknya di tengah-tengah bandar. Cukup murah. Dan utk yg datang berkumpulan, ambiklah apartment yang harganya lagi murah berbanding hotel. Untungnya hostel dan apartment ni, salah satu nya tak ada sarapan, sbb kalau ada sarapan pun, kita tak berapa yakin nak makan. Kiranya kalau nak buat anggaran perbelanjaan, satu malam kosnya ambiklah di antara rm80-rm300 (anggaran yang berpatutan lah ni dan harus diingat, promosi hotel berbeza2 ikut musim, musim sejuk -winter- murah sikit). nak penginapan free? (tak termasuk admin fee dan hidden cost lah ni), bermalam lah di rumah kami. Tetapi harus diingatkan janganlah buat macam rumah sendiri hehehe...




SOALAN 2: Makan pulak macam mana?
Jawapan asas: bergantung kepada selera dan keterbukaan masing-masing. Kalau nak diperincikan sikit, makanan HALAL ada, dan boleh dikatakan semuanya bukan selera kita. Bagi kami bertiga, kami selalu pergi (kalau ada yg datang pun, dan kami bawak makan, mmg ni lah tempat2nya)... 

di tempat pertama... kedai makan PICADILLY... hidangan kebab dan piza, harga piza dalam lingkungan rm17-rm20. Boleh lah 2 org yg kurus makan. Kalau sorang yg gemok, memang habis lah dia makan sorang-sorang. Bagusnya kedai makan ni, dia dekat dengan tempat solat (Islamic Center), jadi senanglah kami. Kami tunjuk mana tmpt kawan2 yg datang tu nak solat, sementara diorg solat, kami makanlah dulu. Dari segi rasa plk, piza, kebab dan nasi goreng dia (side dish lah ni), kita boleh terima. Faktor harga + rasa yg ok, kerana itulah PICADILLY ini di tempat yang pertama ranking kami.

(ketiga-tiga gambar awal ni dirakamkan di PICADILLY)




di tempat kedua pulak...  kedai makan HALLAL FAST FOOD, nama je fastfood tapi bukan ada jual burger dgn ayam kentaki pun. Kedai ni jual nasi briyani, tandoori, capati dan rakan2nya dari India dan Pakistan. Kalau makan di sini, order nasi briyani dan ayam tandoori, harganya dlm rm25. Dan banyaknya nasi briyani dia pulak, org gemok makan pun belum tentu habis. Order terbaik dan paling optimum adalah: order 2 nasi briyani ayam (bukan tandoori), 1 ayam tandoori dan 1 pinggan kosong, boleh makan 3 org. Lokasinya pun dekat jugak dengan tempat solat tadi,  cuma dia ke sana sikit, kalau PICADILLY tadi dia sebelah sini (hehehe kena dgn gaya tangan sekali). Secara keseluruhan, kedai makan HALLAL FAST FOOD ni sesuai utk org yg mesti nak kena makan nasi jugak tak kira di mana dia berada...

di tempat ketiga... kedai kebab jugak, JORDAN (nama penuh tak berapa nak ingat)... menu yg sama dgn kedai tempat pertama tadi, cuma harganya mahal sikit (sikit sgt bezanya, tak terasa pun). lokasinya sangat mudah, kalau dari Prague Castle nak ke Charles Bridge (selalunya mmg lps lawat istana ke jambatan ni lah org bawak) mesti akan lalu kedai ni. Letaknya betul2 di depan stesen tram, tak usah bimbang sbb memang laluan utama pelancong pun. Selalunya kami tapau je, sebab kalau nak makan dekat sini, boleh 4 org je yg makan. Tu pun berdiri (dlm erti kata lain, kedai ni kecik)...

di tempat keempat... ISTANBUL KEBAB (1 dan 2)... 1 di kawasan tempat solat td (kami belum prnh makan di sini,  sbb kami  makan PICADILLY), dan cawangan kedua berhadapan dengan PALLADIUM (shopping mall paling besar dalam pusat bandar (city center) Prague ni). Seperti namanya, menunya kebab dan kebab. Tak ada jual piza, dan harganya agak mahal. Utk sorang makan, lebih kurang rm35 sekali makan. Bagusnya pulak, kedai makan (cawangan di depan Palladium ni) 2 tingkat. Maknanya bolehlah nak makan di sini kalau setakat datang dlm kump kecik. Kalau datang rombongan 2 bas mcm ke Langkawi beli pinggan, eloknya, beli dan makan atas bas je lah...

tempat-tempat lain... yg turut menyediakan makanan halal seperti restoran Lubnan EL EMIR yang letaknya di food court Palladium. Walaupun banyak minuman di dalam menu yg disediakan lebih cenderung kpd minuman keras, namun demikian, minuman lembut (soft drinks) dan kopi/teh ada juga dijual. Dari segi harganya, MAHALLL... Utk kami bertiga (2+1) org makan, nasi briyani + kaki kambing (satu je kaki kambing, bukan keempat-empat kaki), lamb chop + fries + salad, 5 ekor udang besar bakar (ni yg buat mahal sebanarnya, rm80) dan fries utk rania. Minuman pulak fanta dan nestea dua botol, kami kena lah dlm rm200 lebih. Dah makan pun kena rm200 lebih, takkan lah nak bagi tips rm2 kan. So kami bagi lah tips kat budak tu rm34. Tempat ni sesuai nak bawak org yg kita tau yg dia akan belanja kita hehehe... Kalau rasa2 mcm kita yg nak kena bayar, kita bawak je lah dia lintas jalan pegi ISTANBUL KEBAB 2 tadi hehehe... 

dan jugak ada restoran SHALAMAR... yesss...  macam nama beras basmathi pakistan tu (tulisan dia pun sama), kedai ni  selera India (briyani, naan, kari dll ) dan kalau ikutkan kata dia, dia lah yg pertama di eropah ni yg memperkenalkan teknik memasak cara tradisional kg dia (nak tulis tapi tak ingat). Harganya memuaskan hati dan lauk dia memang sedap. Kedai makan ni letaknya di Prague 6, dan dia dapat menyediakan hidangan halal, sbb depan dia, kedai jual daging halal dan produk2 halal yang lain (kedai runcit lah org kita cakap BARAKAT). Itu pun kalau dia beli dekat situ lah kan, kut2 dia menumpang kawan tu je, tak boleh nak cakap lebih lah kan. Ada jugak kedai makan halal yg lain seperti Chez Amis (Algeria) yang juga menjual kebab dan piza pada harga yg berpatutan, cumanya kami belum habis jalan. Yelahkan, baru sebulan kami di sini...

utk yang lebih terbuka bab-bab makan ni... terdapat juga kedai-kedai makan yang menyediakan hidangan No-Pork (Pork-Free)... kebanyakkannya kedai jepun (sushi, teppanyaki, bento) dan seafood....

kepada yg langsung tak kisah bab halal haram ni, tak perlulah nak disenaraikan di sini. Mmg tak habis kerja lah kalau nak senaraikan. Kedai ala-thai ada, kedai tradisional Czech ada, american ada, kedai irish ada. Rasanya tak perlu lah nak disenaraikan ye tak?...

kedai-kedai makan/minum yang ada di Malaysia spt Hard Rock Cafe, McDonalds, KFC, TGIF, Subway, Starbucks dan Burger King yg memang asal dia pun bukan dr tempat kita, pun ada di sini. Tak dilupakan jugak di sini ada juga kedai-kedai makan yahudi yg menyediakan hidangan daging kosher (sembelihan ahli kitab)...

(ketiga-tiga gambar yg ni plk waktu kami di EL EMIR yg mahal tu)



TIPSnya... di sini, bab makan ni rasanya tak ada masalah yang besar, dan takdelah besar sgt belanja makan ni pun. Untuk 1 hidangan yang mengenyangkan, dan makanan / minuman sampingan, rasanya kalau peruntukkan sehari rm50 pun dah kenyang2 sgt dah tu. Cuma nasi lemak tangling, nasi lemak sotong banting, lontong klang, nasi ayam linda onn, sate hj samuri, roti canai alimaju, rojak singapore, murtabak zamzam, ayam penyet wong solo, mee rebus tulang, laksa teluk kechai, nasi ayam gemas, semua takde. Dan jugak, jangan mimpilah (at least setakat post ni ditulis lah, esok2 siapa tau kan). Tetapi jangan bimbang, takkan kebuluran. Makan kat umah kami pun boleh, free flow nasi putih + telur goreng + kicap manis cap kipas udang HABHAL (haji ahmad bin haji abdul latif) keluaran ZARA FOOD INDUSTRIES...



akhir kata, saja nak bagi tau, di sebelah ni adalah gambar hidangan di rumah kami. Walaupun nasi lemak (konon2nya nasi lemak lah kan) hanya berlaukkan sambal tumis bilis, telur dan gajus goreng (kacang tanah tak ada, timun pun tak ada). Tetapi nampak sangat menyelerakan. Tengok rania senyum pun tau dah sedapnya. Apa yang penting adalah persembahan, daya usaha dan kasih sayang seorang ayah tu hehehe...
          
salam dari kami bertiga... insyaallah berjumpa lagi... doa2kan lah kami...