Sunday, January 8, 2012

Disember - Januari... Genap Sebulan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lama tak online, alasan utama belum dapat jalur lebar (broadband) lagi masa tu. Sekarang dah ada, Alhamdulillah. Dah dapat ID pun, boleh lah rania main dekat playground IKEA free (nak main kena daftar dulu, sama macam IKEA Msia). Apa nak buat, abah rania tak bergaji nak bawak rania main playground berbayar hehehe...

Nak upload gambar, belum habis pilih lagi. Utk post kali ni, serba sedikit tips melancong ke Prague utk org Malaysia (baru sebulan duduk sini dah blh bg tips tu kira hebat lahhh). Cuma bagi memeriahkan bacaan, intonasi membaca tu kena bayangkan penulis sedang bercakap, baru org kata ada penghayatan, barulah senang nak faham. Tetapi, kalau membaca ala2 baca Ombak Rindu, memang menangis tak paham lah jawabnya...

SOALAN 1: Murah ke penginapan di Prague?
Jawapan asas: bergantung kepada apa yang nak dibelanjakan. Kalau diperincikan sikit, hotel 5 bintang yg kami duduk selama 5 hari masa kami sampai dulu (Kempinski Hybernska, www.kempinski.com) harga lebih kurang rm500-rm600 semalaman utk bilik suite. Selain hotel ni, banyak lg hotel2 yang mampu inap yg selesa dan tidak terlalu mahal harganya. Kalau nak yg letaknya di tengah2 Prague seperti IBIZ, Ambassador dan banyak lagi. Duduk kawasan sini senang, cuma kena bawak minyak urat je, senang nak urut kaki sendiri bila penat jalan kaki.

TIPSnya... kalau datang nak bulan madu, duduk lah hotel yg mahal-mahal sikit. Hotel-hotel di sini sesuai jugak kiranya dengan harganya, mcm harga duduk tioman/cameron/bukit tinggi lah kurang lebih. Utk yg datang sorang-sorang backpacking, boleh duduk hostel yg letaknya di tengah-tengah bandar. Cukup murah. Dan utk yg datang berkumpulan, ambiklah apartment yang harganya lagi murah berbanding hotel. Untungnya hostel dan apartment ni, salah satu nya tak ada sarapan, sbb kalau ada sarapan pun, kita tak berapa yakin nak makan. Kiranya kalau nak buat anggaran perbelanjaan, satu malam kosnya ambiklah di antara rm80-rm300 (anggaran yang berpatutan lah ni dan harus diingat, promosi hotel berbeza2 ikut musim, musim sejuk -winter- murah sikit). nak penginapan free? (tak termasuk admin fee dan hidden cost lah ni), bermalam lah di rumah kami. Tetapi harus diingatkan janganlah buat macam rumah sendiri hehehe...




SOALAN 2: Makan pulak macam mana?
Jawapan asas: bergantung kepada selera dan keterbukaan masing-masing. Kalau nak diperincikan sikit, makanan HALAL ada, dan boleh dikatakan semuanya bukan selera kita. Bagi kami bertiga, kami selalu pergi (kalau ada yg datang pun, dan kami bawak makan, mmg ni lah tempat2nya)... 

di tempat pertama... kedai makan PICADILLY... hidangan kebab dan piza, harga piza dalam lingkungan rm17-rm20. Boleh lah 2 org yg kurus makan. Kalau sorang yg gemok, memang habis lah dia makan sorang-sorang. Bagusnya kedai makan ni, dia dekat dengan tempat solat (Islamic Center), jadi senanglah kami. Kami tunjuk mana tmpt kawan2 yg datang tu nak solat, sementara diorg solat, kami makanlah dulu. Dari segi rasa plk, piza, kebab dan nasi goreng dia (side dish lah ni), kita boleh terima. Faktor harga + rasa yg ok, kerana itulah PICADILLY ini di tempat yang pertama ranking kami.

(ketiga-tiga gambar awal ni dirakamkan di PICADILLY)




di tempat kedua pulak...  kedai makan HALLAL FAST FOOD, nama je fastfood tapi bukan ada jual burger dgn ayam kentaki pun. Kedai ni jual nasi briyani, tandoori, capati dan rakan2nya dari India dan Pakistan. Kalau makan di sini, order nasi briyani dan ayam tandoori, harganya dlm rm25. Dan banyaknya nasi briyani dia pulak, org gemok makan pun belum tentu habis. Order terbaik dan paling optimum adalah: order 2 nasi briyani ayam (bukan tandoori), 1 ayam tandoori dan 1 pinggan kosong, boleh makan 3 org. Lokasinya pun dekat jugak dengan tempat solat tadi,  cuma dia ke sana sikit, kalau PICADILLY tadi dia sebelah sini (hehehe kena dgn gaya tangan sekali). Secara keseluruhan, kedai makan HALLAL FAST FOOD ni sesuai utk org yg mesti nak kena makan nasi jugak tak kira di mana dia berada...

di tempat ketiga... kedai kebab jugak, JORDAN (nama penuh tak berapa nak ingat)... menu yg sama dgn kedai tempat pertama tadi, cuma harganya mahal sikit (sikit sgt bezanya, tak terasa pun). lokasinya sangat mudah, kalau dari Prague Castle nak ke Charles Bridge (selalunya mmg lps lawat istana ke jambatan ni lah org bawak) mesti akan lalu kedai ni. Letaknya betul2 di depan stesen tram, tak usah bimbang sbb memang laluan utama pelancong pun. Selalunya kami tapau je, sebab kalau nak makan dekat sini, boleh 4 org je yg makan. Tu pun berdiri (dlm erti kata lain, kedai ni kecik)...

di tempat keempat... ISTANBUL KEBAB (1 dan 2)... 1 di kawasan tempat solat td (kami belum prnh makan di sini,  sbb kami  makan PICADILLY), dan cawangan kedua berhadapan dengan PALLADIUM (shopping mall paling besar dalam pusat bandar (city center) Prague ni). Seperti namanya, menunya kebab dan kebab. Tak ada jual piza, dan harganya agak mahal. Utk sorang makan, lebih kurang rm35 sekali makan. Bagusnya pulak, kedai makan (cawangan di depan Palladium ni) 2 tingkat. Maknanya bolehlah nak makan di sini kalau setakat datang dlm kump kecik. Kalau datang rombongan 2 bas mcm ke Langkawi beli pinggan, eloknya, beli dan makan atas bas je lah...

tempat-tempat lain... yg turut menyediakan makanan halal seperti restoran Lubnan EL EMIR yang letaknya di food court Palladium. Walaupun banyak minuman di dalam menu yg disediakan lebih cenderung kpd minuman keras, namun demikian, minuman lembut (soft drinks) dan kopi/teh ada juga dijual. Dari segi harganya, MAHALLL... Utk kami bertiga (2+1) org makan, nasi briyani + kaki kambing (satu je kaki kambing, bukan keempat-empat kaki), lamb chop + fries + salad, 5 ekor udang besar bakar (ni yg buat mahal sebanarnya, rm80) dan fries utk rania. Minuman pulak fanta dan nestea dua botol, kami kena lah dlm rm200 lebih. Dah makan pun kena rm200 lebih, takkan lah nak bagi tips rm2 kan. So kami bagi lah tips kat budak tu rm34. Tempat ni sesuai nak bawak org yg kita tau yg dia akan belanja kita hehehe... Kalau rasa2 mcm kita yg nak kena bayar, kita bawak je lah dia lintas jalan pegi ISTANBUL KEBAB 2 tadi hehehe... 

dan jugak ada restoran SHALAMAR... yesss...  macam nama beras basmathi pakistan tu (tulisan dia pun sama), kedai ni  selera India (briyani, naan, kari dll ) dan kalau ikutkan kata dia, dia lah yg pertama di eropah ni yg memperkenalkan teknik memasak cara tradisional kg dia (nak tulis tapi tak ingat). Harganya memuaskan hati dan lauk dia memang sedap. Kedai makan ni letaknya di Prague 6, dan dia dapat menyediakan hidangan halal, sbb depan dia, kedai jual daging halal dan produk2 halal yang lain (kedai runcit lah org kita cakap BARAKAT). Itu pun kalau dia beli dekat situ lah kan, kut2 dia menumpang kawan tu je, tak boleh nak cakap lebih lah kan. Ada jugak kedai makan halal yg lain seperti Chez Amis (Algeria) yang juga menjual kebab dan piza pada harga yg berpatutan, cumanya kami belum habis jalan. Yelahkan, baru sebulan kami di sini...

utk yang lebih terbuka bab-bab makan ni... terdapat juga kedai-kedai makan yang menyediakan hidangan No-Pork (Pork-Free)... kebanyakkannya kedai jepun (sushi, teppanyaki, bento) dan seafood....

kepada yg langsung tak kisah bab halal haram ni, tak perlulah nak disenaraikan di sini. Mmg tak habis kerja lah kalau nak senaraikan. Kedai ala-thai ada, kedai tradisional Czech ada, american ada, kedai irish ada. Rasanya tak perlu lah nak disenaraikan ye tak?...

kedai-kedai makan/minum yang ada di Malaysia spt Hard Rock Cafe, McDonalds, KFC, TGIF, Subway, Starbucks dan Burger King yg memang asal dia pun bukan dr tempat kita, pun ada di sini. Tak dilupakan jugak di sini ada juga kedai-kedai makan yahudi yg menyediakan hidangan daging kosher (sembelihan ahli kitab)...

(ketiga-tiga gambar yg ni plk waktu kami di EL EMIR yg mahal tu)



TIPSnya... di sini, bab makan ni rasanya tak ada masalah yang besar, dan takdelah besar sgt belanja makan ni pun. Untuk 1 hidangan yang mengenyangkan, dan makanan / minuman sampingan, rasanya kalau peruntukkan sehari rm50 pun dah kenyang2 sgt dah tu. Cuma nasi lemak tangling, nasi lemak sotong banting, lontong klang, nasi ayam linda onn, sate hj samuri, roti canai alimaju, rojak singapore, murtabak zamzam, ayam penyet wong solo, mee rebus tulang, laksa teluk kechai, nasi ayam gemas, semua takde. Dan jugak, jangan mimpilah (at least setakat post ni ditulis lah, esok2 siapa tau kan). Tetapi jangan bimbang, takkan kebuluran. Makan kat umah kami pun boleh, free flow nasi putih + telur goreng + kicap manis cap kipas udang HABHAL (haji ahmad bin haji abdul latif) keluaran ZARA FOOD INDUSTRIES...



akhir kata, saja nak bagi tau, di sebelah ni adalah gambar hidangan di rumah kami. Walaupun nasi lemak (konon2nya nasi lemak lah kan) hanya berlaukkan sambal tumis bilis, telur dan gajus goreng (kacang tanah tak ada, timun pun tak ada). Tetapi nampak sangat menyelerakan. Tengok rania senyum pun tau dah sedapnya. Apa yang penting adalah persembahan, daya usaha dan kasih sayang seorang ayah tu hehehe...
          
salam dari kami bertiga... insyaallah berjumpa lagi... doa2kan lah kami...  

8 comments:

  1. laaaa..siannye takde orang komen..
    so aku terpaksala jadi orang pertama comment kat sini..sebagai motivasi utk kau sentiasa update haprague ko ni..

    ReplyDelete
  2. hahaha... bagus lah aiza... mmg HANYA KAU YG MAMPU komen dkt sini... yg lain pegi SUNGAI LUI agaknya... xpun tgh SUSUN SILANG KATA hehehe...

    ReplyDelete
  3. kelakar sampai rasa nak nangis ag! teruskan usahamu!

    -sheera-

    ReplyDelete
  4. bosss bosss....update la story pasal tempat tempat menarik n cantik cantik kt sana.hehee..best tak sana?



    ur x-staff,
    -iNtaN-(^^,)

    ReplyDelete
  5. bos,bos duduk sana ada permit x?imigresen diorang tak kacau ke??? hahaha

    ReplyDelete
  6. sheera: tu ko baru baca... ko belum tgk yg rashid sibir arah lg...
    intan: kat sini cantik intan... mmg sesuai utk ko hanimun...
    onguard: aku kat sini standard2 PRA lah... 2x setahun renew permit hehehe...

    ReplyDelete
  7. alahaiiiiiiiiiiii kesian benor aku membaca entry mu ini wahai AG...aku paham..tapi bersukorrr lah kamu wahai ag dan keluarga kerana kamu dikelilingi oleh orang yg disayangi sentiasa...aku masa kat NL, sorang..seddehhhhhhh...apapon, keep the kicap flow go on and yes, lauk tersedap abad ini mustilah nasi panas + ikan goreng/telur goreng + kicap....masyukk siotttt makan time2 sejuk...ehehehe

    ada rezeki ku melancong sana bawak kicap utk ko ek ag?

    -Afzan-

    ReplyDelete
  8. Omg!always want to visit prague! Agak2 boleh tak nak tumpang :p

    ReplyDelete