Monday, January 16, 2012

Buah Tangan, Cenderahati & Cenderamata

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia (lama tak dengar ucapan ni)...

Alhamdulillah, setakat ni kami masih sihat wal afiath. Mula2 cadangnya nak menyambung lagi tips2 melancong ke Prague, bagi yg tak pernah datang lah, tetapi lepas dibelek2 kamera, lagi byk gambar2 yg bercirikan personal berbanding gambar2 tempat menarik, tak jadilah pulak.

Cumanya apabila berjalan2 ke tempat org makan angin, maka perlulah membeli buah tangan, cenderahati dan cenderamata utk kawan2. Dan bagi kami, kami belum ada pengalaman membeli lagi, dan membawak org pegi membeli pun belum lagi. Nak bawak duit berapa banyak??? bawaklah sebanyak mana pun, tetapi declare lah dkt kastam kalau dah melampau-lampau banyaknya. 

Kena tawar menawar ke kalau membeli???... Kami pun tak boleh nak jawab, sebab belum pernah beli, cumanya pengalaman kami masuk kedai-kedai ni, tak perlu nak tawar menawar sebab belum apa2 lagi dia dah cakap boleh bagi diskaun. Dan seperti biasa lah, dah nama pun pelancong, memang kalau kena sembelih tu, jangan lah berkecil hati, bukannya kita tak biasa kena pun, kalau beli kemeja batik dekat wakaf che yeh pun kena sembelih, inikan pulak tempat yg jauh beribu batu. Apapun, tanamkan sikap yg positif, at least kita tak kena sembelih dgn org kita hehehe... Bercakap pasal kena sembelih ni, selalunya yg menyembelih ni bukan org tempatan, tetapi org2 luar yg bekerja sbg pembantu kedai dia. Dan jangan terpedaya kalau dia boleh berbahasa melayu, sebab cuma 3 perkataan je yg dia tau, "Akak, murah-murah". tips paling mudah, menawarlah. Cuma perlu diingat, penggunaan bahasa inggeris tidaklah seluas mana, dan tak perlulah nak tanya beria-ia sangat seperti nak tanya asal usul magnet peti ais tu, kalau dr China, China yg sebelah mana, sebab perangai org di sini, kalau dah sampai tahap dia dah tak berapa paham, dia tinggal kan je lah kita terpinga2.

Harga mahal ke???... Jangan risau, kami dah tolong surveykan. Kalau magnet peti ais, yg paling murah kami pernah jumpa (yg kami tak jumpa kami tak cerita ye), jenis yg biasa org bagi tu lah, dalam 29kc (Czech Koruna), kalau nak tukar duit Malaysia, dalam RM4.50 (lebih kurang lah sebab 100kc = rm17), kiranya sesuai lah utk jiran2 mak ayah kita yg tak kisah pun, janji magnet peti ais. Ni cerita yg paling murah je, sbb yg paling mahal, tak payah lah nak cerita yg paling mahal, mmg kita nak yg paling murah je... Dan utk barang-barang lain, harganya sekitar 100kc dan ke atas, kiranya taklah murah sgt. Tapi kalau dah cokia sangat, ada lah jugak jual pen yg jenis dari batang pokok ada tulis 'Prague', jual dlm pek 5 batang tu, dan kalau bercadang nak beli yg tu, elok beli dekat Nilai 3 sekotak, n tulis je lah 'Prague' tu tulisan2 fancy sikit. Jimattt... Design yang famous seperti Astronomical Clock, Prague Castle, Penguin, dan macam2 lagi mengikut citarasa masing2...

Kristal???... Ni mmg kegemaran org kita. Dan jawapannya MURAHHH kalau nak dibandingkan dengan tempat kita. Ada yang salut emas, ada warna warni, ada yg motif kepala kambing, ada yg boleh guna, ada yg utk menunjuk2 "a ah... tu menantu saya yg doktor tu lah yg bagi, dulu dia belajar kat sana". Harga pun pelbagai, bermula dari rm100 kut (jangan lah cerita kristal besar simkad telefon ye, ni kita cerita saiz2 iphone3Gs) dan boleh dikatakan kalau niat nak membeli kristal, kena lah bawak duit lebih sikit, kalau bawak sikit je, simpan niat tu dan tunggulah sampai dapat menantu doktor mcm makcik kat atas tu. Nak beli???... Tungguuuu. Kami ada niat nak ke kilang kristal ni, katanya lagi lah murah, katanya lah. so kalau murah dan berbaloi nak bawak kawan2 ke sana, kita ke sana je lah nanti...

Lampu Chandeliers???... Pun kami dah tengokkan jugak, untuk rumah yg living hall sebesar masjid shah alam, ada yg kami tengok tu harganya dlm rm24,000 (ok lah kut), dan untuk rumah banglo di Bukit Damar, rasanya yg harga rm1000 ke atas tu dah oklah tu, dan untuk yg duduk teres 2 tingkat 20x70, kami syorkan beli je lah lampu meja/berdiri, supaya tak malu bila bukak kipas lampu chandeliers tu bergoyang2 ditiup angin... Ni pun katanya boleh beli dekat kilang, so tunggu lah kami ke kilangnya (kalau sempat lah kan). Nak kirim???... Disebabkan kami ni taste2 IKEA, eloknya janganlah kirim...

Apa lagi yg murah???... Rasanya, setakat ni, yg lain2 tu taklah murah sangat. Kalau pakaian sukan tu, agak murah berbanding Malaysia, contohnya but bola Adidas Copa Mundial made in Germany rm350, bola TANGO 12 (official match ball), bola rasmi euro 2012 dlm rm500, tapi bila tgk yg lain2 tu byk made in Indonesia, China, Vietnam, dll, eloklah beli kat sebelah asia je. Minyak wangi pun ok, sbb  tiap2 minggu ada 'Sale Minggu Ini', baru beli Issey Miyake lelaki rm170 utk 125ml. Pakaian pempuan ZARA pun murah jugak, sebab dia ZARA basic, yang lain-lain tu biasa2 je lah. Mesin rumput, penyodok salji, mesin pemotong pokok, mesin jahit, ketuhar gelombang mikro tu semua ada, tapi tak reti pulak kami nak bandingkan harganya mahal ke murah...  

Nanti sambung lagi ye, mengantuk mata dah ni (blog ini akan dikemaskini seminggu sekali, setiap hari Isnin selepas berjalan2 kaki hari Sabtu dan Ahad)...



 


Salam, dari kami bertiga... doa2kan kami selamat sejahtera semuanya...


ps: ni kami cerita yg best2 je lah, peritnya kami di sini... datang sini barulah kami kongsikan : ).

1 comment: